CLICK HERE FOR BLOG TUTORIAL »

Monday, January 2, 2012

Saya Amy

Terima kasih kepada anda yang sudi klik2 blog saya....

Serba sedikit ttg saya

Amelia Hezeren Bt Amirluddin
Anak Jati Kuala Kangsar, mak apak asal orang B.Chandan tapi diorang menetap di Parit Buntar, membesar dengan arwah Opah Lasiah Bt Maarof di Kg Pecah Batu Manong
Sekolah Rendah Kebangsaan Jeliang, Sekolah Menengah Sultan Tajul Arifin (1996-1998) dan Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang Wahab Parit Buntar, Perak (1999-2000)

Berkahwin dengan Lokman bin Putiman pada 30.12.2001 (18 tahun) dan mula bekerja sebagai Pembantu Tadbir di KPKT Kuala Lumpur mulai 16.01.2002.
Mendapat seorang cahaya mata pada 10.4.2004 Muhammad Fakhrul Afiq Syah. Menetap di Kuala Lumpur selama 4 tahun dengan penuh dugaan dan cabaran dengan suami yg tidak bekerja tetap.

Ogos 2009, balik ke Kampung dan bekerja di Pej Penerangan Daerah Kuala Kangsar, Pada hujung tahun 2010 mula berjinak-jinak dengan kerja part time solekan pengantin. Kehidupan ketika itu sangat sempit dengan suami yg tiada mata pencarian tetap. Dengan minat yang ada dan sokongan dari suami wujudlah Kerja Kahwin Kuala Kangsar pada 2011. Dimulakan dengan solekan kemudian pelamin mini sehinggalah ada kedai,

Setelah 12 tahun mendirikan rumahtangga, pada 11.12.2013 keluarga kami menerima orang baru Sharifah Nadiatun Sayed Adnan isteri baru En Lokman.

Setahun hidup bermadu dengan penuh suka dan duka (hidup bermadu pun kadangkala ada manisnya) akhirnya kami bercerai juga pada Disember 2015 dan bermulanya kisah hidup baru setelah berbelas tahun hidup susah senang bersama Lokman. Sepanjang hidup kami pernah merasa tak de beras di rumah...susah senang hidup bersama...akhirnya jodoh tak panjang ketika pernigaan yg kami usahakan bersama ini baru nak meningkat maju dan berjaya.

Tanggal 03.03.2015 kehadiran orang baru mengubat hati lara. En Shamsudin a.k.a Boy membuka lembaran baru. Sifat dan layanannya 100% berbeza dengan yg lama. Baik, lembut memahami dan melayan dengan penuh kasih sayang pada isterinya.

Berbahagialah hendaknya sampai hingga akhir hayat..Semoga pintu rezeki kami dibuka seluasnya dan dapat menimang cahaya mata :)

 percintaan dari bangku sekolah Amelia Lokman 1999


 Kahwin tahun 2001 @Parit Buntar 

 Mengandung 4 bulan masa ni November 2013 - Raya-



 Raya tahun 2011

 Disember 2013 (menerima orang baru)



03.03.2015 Majlis Pernikahan Amelia Shamsudin


 Honeymoon Krabi Thailand



Muhammad Fakhrul Afiq Syah